#LensaFINAS
Ampang, 10 Mei 2024 – YBhg. Dato Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS merangkap Penasihat PUSPANITA FINAS telah merasmikan Mesyuarat Agung tahunan Biro ICT, Seranta dan Dokumentasi PCKK (FINAS) Kali ke-10 di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Hulu Kelang.
Majlis yang diadakan secara hidbrid itu telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran 71 orang ahli PUSPANITA FINAS. Turut hadir Pengarah-Pengarah Bahagian dan Ketua Unit.
YBhg. Datin Aminah Harun, Pengerusi PUSPANITA FINAS, YBhg. Datin Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Pengerusi PUSPANITA FINAS serta barisan AJK 2023/2024 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
#PUSPANITAFINAS
#AJK2023/2024