Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan. KKMM dengan kerjasama Jabatan dan Agensi di bawahnya telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Senarai Data Terbuka FINAS :
- Statistik Pengeluaran Lesen Bagi Aktiviti Perfileman oleh FINAS
- Statistik Pengeluaran Lesen Perfileman FINAS bagi Pengeluaran Lesen Pengeluaran Filem (PF)
- Statistik Pengeluaran Lesen Perfileman FINAS bagi Pengeluaran Lesen Pengedaran Video (DV)
- Statistik Pengeluaran Lesen Perfileman FINAS bagi Pengeluaran Lesen Pengedaran Filem (DF)
- Statistik Pengeluaran Lesen Perfileman FINAS bagi Pengeluaran Lesen Pemameran Filem (EF)
- Statistik Pengeluaran Lesen Perfileman FINAS bagi Pengeluaran Lesen Pengeluaran Video (PV)
- Pengeluaran Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) Bagi Cereka Pendek
- Pengeluaran Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) Cereka Pawagam
- Pengeluaran Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) Bagi Dokumentari