Kuala Lumpur, 4 April 2016 – Sidang Media Kota Buku Bakal Anjurkan Pertandingan Penerbitan Idea Ke Platform Media Digital Pertama Di Dunia, Page To Pitch (P2P) Media 360. Program ini dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat iaitu :
a) Tuan Sayed Munawar, CEO Perbadanan Kota Buku
b) Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah FINAS
c) Pn. Firdaus Husamudin, Penerbit Eksekutif Buku Karangkraf
Dato’ Kamil Othman di dalam ucapan beliau menyatakan:
1. Kepentingan meneroka lebih banyak idea dan cerita baru dan segar yang dapat diterbitkan termasuklah dengan karya – karya sastera di dalam keindahan etnik di Sabah dan Sarawak
2. Di dalam konteks penerbitan filem, adaptasi daripada novel dan naskhah bacaan perlu lebih dipelbagaikan sebagai platform alternatif sumber pembangunan cerita dan skrip filem.
3. Justeru, teknik adaptasi lakon layar daripada naskhah asal novel atau buku perlu diperkasakan bagi menjana kreativiti penerbitan filem itu sendiri.
4. Usaha program ini adalah selaras dengan hasrat Finas di dalam pembangunan modal insan khususnya di dalam penulisan skrip oleh generasi muda
5. Ini juga mampu membangunkan konsep harta intelek melalui hasil penulisan yang dihantar ke program ini
Pelbagai dapat di
6. Melalui dana pembangunan filem, skrip-skrip yang berkualiti dapat diberi ruang untuk dihasilkan dan dieskport ke peringkat antarabangsa melalui proses inkubator yang efektif.
7. FINAS melihat kepentingan novel yang komersil dan best seller bagi menarik minat khalayak yang sudah membaca dan juga yang terpanggil untuk menonton. Novel-novel nukilan sasterawan negara seperti Salina karya A. Samad Said juga mempunyai potensi yang besar dan mampu diadaptasikan dengan baik untuk tatapan generasi akan datang.