Putrajaya, 28 September 2017 – KKMM telah mengambil inisiatif bagi melaksanakan Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama pegawai dan kakitangan kementerian, jabatan dan agensi serta industri media di Dewan Serbaguna, Kompleks KKMM hari ini.
Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) ini merupakan sesi dialog bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YBhg. Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad dan skop dialog ini lebih memfokuskan untuk berinteraksi bersama warga KKMM, jabatan dan agensi dan seterusnya dikuti dengan Taklimat “Memahami Dasar Ekonomi Negara” yang akan disampaikan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Malaysia.
Antara objektif utama Program TN50 ini adalah berdasarkan dua objektif utama iaitu bagi mendapatkan input, pandangan, serta aspirasi bersama warga KKMM ke arah membina hala tuju negara menjelang 2050 dan memberi ruang bagi menyuarakan hasrat dan aspirasi masing-masing untuk tempoh 30 tahun akan datang. Bagi taklimat “Memahami Dasar Ekonomi Negara”, ianya bertujuan untuk meningkatkan kefahaman kakitangan awam terhadap polisi ekonomi, media NGO dan rasionalisasi subsidi.
Menurut Ketua Setiausaha KKMM, program seperti ini merupakan platform paling tepat yang disediakan untuk bersama-sama kerajaan membangunkan negara dengan mengambil kira idea dan pandangan golongan muda bagi penentu kepada kejayaan TN50.
Pogram TN50 ini melibatkan 600 hingga 700 orang peserta bagi setiap program yang terdiri daripada Key Communicators jabatan/agensi di bawah KKMM, pengamal media cetak dan elektronik, Persatuan NGO Media, Bloggers dan Media Sosial influencers, pelajar-pelajar jurusan media dan sains sosial di Universiti Awam dan swasta dan pegawai perhubungan awam kementerian-kementerian.
Program turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Operasi YBhg. Dato Dr. Mohd Ali Mohamad Nor, Ahli-ahli Pengurusan Tertinggi KKMM, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta warga KKMM.