Petaling Jaya, 9 Jun – Di dalam strategi pembangunan industri kreatif melalui jaringan sinergi dua hala bersama entiti antarabangsa, FINAS hari ini telah berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi antarabangsa ke FINAS Petaling Jaya daripada Bangladesh High Commission yang diketuai oleh Mr. Mohammad Ishtaque Hossain, ‘Director General Ministry of Information Government of The People’s Republic of Bangladesh’.
Melalui platform perkongsian informasi pembangunan industri kreatif Malaysia dan Bangladesh, pelbagai teras penting seperti dasar dan polisi, teknologi dan infrastruktur, pemasaran dan eksport kandungan berserta pembangunan modal insan telah dikongsi di antara delegasi dua negara. Taklimat mengenai FINAS melalui komponen peranan dan strategi pembangunan industri telah dikongsi bersama Pengarah Bahagian Audio Visual, YM Raja Adzhim dan Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat, En. Mohamad Syimir Alfi Zahari.
Delegasi turut berpeluang meninjau operasi Centre of Excellence FINAS yang menawarkan perkhidmatan pembangunan teknologi kandungan audiovisual dan restorasi melalui platform interaktif Museum of Moving Images (MOMI), E-Heritage, Mediatheque selain kemudahan di makmal dan arkib kandungan.