Putrajaya, 15 April – Program Wacana Empowering Potentials, Creatively! anjuran Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) dan Orang Kelainan Upaya (OKU-OKB) dengan kerjasama FINAS dan disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Universiti Putra Malaysia hari ini diadakan sebagai platform pembangunan modal insan dan eksplorasi kreativiti serta bakat golongan orang kelainan upaya di dalam menjana industri kreatif negara.
Program pembangunan komuniti serta jaringan industri yang diadakan selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan bersama agensi-agensi strategik ini juga diadakan bagi terus memperkasakan agenda pembangunan rakyat melalui platform industri kreatif.Pelbagai segmen interaktif dan perkongsian dua hala telah diadakan menerusi penglibatan karyawan seni tanahair termasuklah pengarah filem Redha, Tunku Mona Riza, aktor, Jalil Hamid, pengarah, Tn Syed Zulkifli dan pensyarah UiTM En. Azhari Zain.
Perasmian penutupan program ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad, Presiden Persatuan Orang Kota Bharu manakala upacara penyampaian sijil kepada para peserta program ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS. Turur hadir ialah Pengarah Pembangunan Industri FINAS, Tn Hj Mohd Zulkifli Ab.Wahab