Di sebalik tabir siaran langsung rancangan HLive di saluran Astro 104 pada 26 Mac 2019 (Selasa) bagi mempromosikan Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30) bersama tetamu jemputan, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan Jason Chong yang merupakan penerima anugerah Filem Terbaik dan Cerita Asal Terbaik di FFM29 yang lalu. Ketua Pegawai Eksekutif di dalam temubual tersebut telah menyentuh mengenai peranan kerajaan melalui FINAS di dalam pemerkasaan pembangunan modal insan yang berterusan selain pelan pemasaran bakat serta jaringan global bagi karyawan-karyawan yang diberi pengiktirafan pencapaian melalui platform FFM yang bertaraf nasional. Selain itu, Jason Chong juga telah menggariskan kepentingan FFM sebagai satu landasan yang mendukung jenama bagi sesebuah karya bagi aspek akreditasi, pelaburan dan pemasaran selain meneroka platform global. Terdahulunya, filem Adiwiraku arahan Eric Ong yang dibintangi Pelakon Wanita Terbaik FFM29, Sangeeta Krishnasamy ini telah meraih Anugerah Khas Kepujian (Diploma of Honor) Filem Cereka di 48th Roshd International Film Festival, Iran serta finalis Cerita Asal Terbaik buat Jason di Festival Filem Asia Pasifik ke 58 di Taiwan tahun lalu.

#InspirasiSinemaku
#FFM30

53762095_1919767314802029_5167967919157542912_n

55444876_1918465504932210_2500997634425094144_n

55444904_1919767291468698_3110524446587224064_n