FINAS ingin merakamkan salam takziah kepada keluarga seniman Dato’ Sony Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Khamis, 19 Oktober 2017. Seniman dari zaman Studio Merdeka ini telah membintangi filem-filem klasik tahun 60an dan 70an seperti Permintaan Terakhir, Menanti hari Esok, Lain Jalan Ke Shorga dan Gadis Langkawi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan hambaNya yang soleh dan beriman.

‘Sinaran bintangmu tetap bergermelapan seindah senimu’

Al-Fatihah