Sekalung tahniah buat barisan filem Malaysia karya ikonik pembikin filem dihormati iaitu Dain Said (Bunohan & Dukun), Tan Chui Mui (Year Without A Summer) dan seleksi filem-filem pendek Ho Yuhang (As I Lay Dying, Trespassed, Open Verdict, Aku & No One Is Illegal) yang mewakili Malaysia sebagai ‘Official Selection’ di program tayangan dan apresiasi sinema antarabangsa ‘Sea of Sadness’ yang berlangsung dari 2-28 Ogos 2019 di Asian Film Archive, Singapura. Terdahulunya menembusi Taiwan International Documentary Film Festival 2018, filem-filem yang telah dipilih oleh kurator Rotterdam International Film Festival, Gertjan Zuilhof bersempena program ‘Sea of Sadness’ yang pertama kalinya dianjurkan di rantau Asean ini mengangkat karya-karya sinematik pembikin serantau dengan nilai emosi, manusia dan sosio-budayanya.

SEKALUNG TAHNIAH BUAT BARISAN FILEM MALAYSIA