Menimbang permohonan rayuan daripada pengeluar yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Skim Wajib Tayang.

Cara Permohonan Rayuan

Bagi pengeluar yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Skim Wajib Tayang, boleh mengemukakan notis rayuan kepada alamat di bawah dalam tempoh 7 hari daripada tarikh pemberitahuan keputusan permohonan berserta fi bayaran sebanyak RM5,000 (Malaysia Ringgit: Lima Ribu) per tajuk filem yang dibayar secara bank draf kepada “Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia”.

Urusetia
Jawatankuasa Rayuan Skim Wajib Tayang
FINAS Office, Petaling Jaya
Jalan Utara
46547 Petaling Jaya
Selangor.