#LensaINDUSTRI
#PromoSINEMA
‘TIADA TAJUK’ MENGGEGAR PAWAGAM MULAI 04 APRIL 2019
Petaling Jaya, 27 Mac – Filem yang mengisahkan cita-cita tiga sekawan ingin menjadi penyanyi terkenal terpaksa melalui pelbagai dugaan termasuk dianggap sebagai ‘kutu’ di kampung mereka.
Filem sulung arahan Asmawi Ani (Mawi) dan terbitan Mawi World Entertainment ini banyak menerapkan nilai- nilai murni di samping pelbagai adegan lucu, pergaduhan dan semangat setiakawan dibintangi Hazama, Joey Daud, Along Cham, Mawi, Anas Tahir, Ropie, Kamarul Hj Yusof, Acey, Amira Othman, Johan As’Ari, Soya, Din Maideen dan ramai lagi bermula 04 April 2019.
Hadir sama memeriahkan majlis tayangan perdana yang berlangsung di MM Cineplax, E-Curve Damansara malam tadi adalah YBrs. Encik Onn Norshal Hamzah, Ahli Perbadanan merangkap Pengerusi Wajib Tayang FINAS, YBrs. Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Puan Ruzita Alias, Pengarah Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS, Cik Habibah Zainal Abidin Ketua Penolong Pengarah Wajib Tayang, para penggiat industri, barisan pelakon dan kru serta rakan-rakan media.