Ramai dikalangan masyarakat tidak mengetahui dan tidak ambil peduli tentang kandungan audiovisual khazanah negara yang berada didalam simpanan FINAS. Adalah menjadi harapan FINAS agar kandungan audiovisual ini dapat dipertontonkan oleh orang ramai, dengan secara tidak langsung masyarakat tahu akan fungsi dan aktiviti FINAS.
Sebagai langkah permulaan Unit Projek Khas, Bahagian COE, FINAS PJ telah melakukan lawatan kerja ke Google Malaysia, di Menara Axiata, KL Sentral. Ianya melihat YouTube sebagai satu platform yang difikirkan sesuai bagi FINAS untuk meletakkan koleksi simpanan untuk masyarakat menontonnya. Bagi melaksanakannya ianya memerlukan perincian yang lebih dari segi polisi serta kerja-kerja yang bersangkutan dengannya.
Rombongan diketuai oleh Ketua Unit Projek Khas, Encik Idris Torman, Azhar Kuyob, Muhammad Khairul, Housne, Syed Faiz dan Ahmad Iqbal. Perbincangan ini dihadiri oleh Hazlisham Hamdan ( Google Maps), Prashant( You Tube), Zeffri (You Tube) serta Lin Shiun ( You Tube Singapore melalui video conference).