WAYANG@BUDIMAN TEROKA APRESIASI SINEMA MENERUSI SLOT KANVAS FILIPINA
Shah Alam, 22 Mac – Pusat Kajian dan Apresiasi Filem menerusi Program Tayangan dan Bual Santai Wayang@Budiman di Shah Alam hadir bagi meneroka perspektif ilmu dan pembangunan apresiasi sinema dengan slot Kanvas Filipina. Menampilkan sebuah filem era emas sinema Filipina arahan Mike De Leon, Batch ‘81 yang diterbitkan sekitar tahun 1982. Batch ‘81 menceritakan kisah perlakuan kejam kumpulan frateniti yang terdiri daripada pelajar-pelajar kampus universiti terhadap pelajar baharu yang ingin menganggotai kumpulan tersebut.
Program yang diterajui Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM ini telah dihadiri oleh pensyarah dan pelajar perfileman serta komuniti filem yang turut berkongsi perspektif mereka terhadap filem ini.