Kuala Lumpur, 18 Mac – Pusat Kajian dan Apresiasi Filem menerusi Program Tayangan dan Bual Santai Wayang@Budiman di Kuala Lumpur hadir bagi meneroka perspektif ilmu dan pembangunan apresiasi sinema dengan slot Kanvas Hong Kong. Kali ini menampilkan sebuah filem retrospektif hasil karya Ann Hui berdurasi selama 118 minit berjudul (A Simple Life) 2011.
Filem yang mengisahkan kisah benar pengalaman produser filem ini iaitu Roger Lee(Andy Lau) mempunyai hubungan rapat dengan pembantu rumah keluarganya yang dianggap sebagai seperti ahli keluarganya sendiri diadun dengan pelbagai elemen menyentuh jiwa dan detik-detik yang melucukan.
Program yang diterajui Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM ini telah dihadiri oleh pensyarah dan pelajar perfileman serta komuniti filem yang turut berkongsi perspektif mereka terhadap filem ini.