Bandar Utama, 8 Julai 2015 – Satu lawatan rasmi YBhg. Dato’ Sri Azalina Othman Said, Pengerusi FINAS diiringi dengan delegasi FINAS ke Media Prima. Turut hadir bersama, YBhg. Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah FINAS, Puan Khalidah Mohd Darus, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Dr. Megat Imran Al Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Produksi & Teknikal), Encik Azmir Mutalib, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Komersial & Inovasi, Dato’ Fauzi Ayob, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Puan Faridah Jaafar, Pengarah Pembangunan Ekosistem & Kandungan Kreatif, Puan Norashikin Ahmad Nor & Cik Irda Kartini Irwan Helmi Jame wakil dari Unit Media.

Malaysia Hari Ini (MHI) telah menerima kunjungan YBhg. Dato ‘ Sri Azalina dan YBhg. Dato’ Kamil Othman telah bersiaran secara langsung dalam slot terakhir MHI. Dato ‘Sri Azalina juga telah di temubual dan membuat rakaman dengan Pengacara Radio HotFM, Fara Fauzana untuk slot bersama Fafau.

Lawatan seterusnya diteruskan dengan pembentangan Korporat oleh pihak Media Prima dan sesi soal jawab. Lawatan berakhir dengan sesi bergambar delegasi FINAS bersama pihak Media Prima.

Teks: Iyda Jame

Foto: Ahmad Shahriman

UNIT MEDIA