Hulu Kelang, 21 Mac – Bersempena dengan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-30, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dengan sokongan FINAS telah menganjurkan program pembangunan modal insan dengan pengkhususan buat karyawan industri dan tenaga produksi menerusi program ‘Seminar Pengurusan dan Keselamatan di Set Penggambaran’ yang berlangsung dari 20-21 Mac 2019.
Program yang telah dirasmikan oleh YBrs. En. Mohan Rao, Ahli Perbadanan FINAS pada 20 Mac 2019 di Studio Sound Stage, FINAS Hulu Kelang ini telah menjana perkongsian ilmu dari aspek pengurusan, polisi, perundangan dan keselamatan di set penggambaran yang menampilkan barisan panelis jemputan seperti Pakar Motivasi, Dato’ Dr. Hj Fadilah Kamsah, Dr. Mahadi J. Murat, En. Bade Hj Azmi, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Kapt. Khir Mohd Noor, En. Kanthi Kulasekaran dan Cik Fadilah Shah Abdul Latif.