Kuala Lumpur, 23 Februari – Kuala Lumpur Film School (KLFS) dengan kerjasama Kelab Dokumentari Malaysia (DOKMA), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah berkerjasama hari ini di dalam penganjuran program perkongsian ilmu dan pembangunan apresiasi sinema, Bicara Filem KLFS: Siri Apresiasi Dokumentari yang diterajui oleh pengarah dan karyawan filem, U-Wei Hj Saari di KLFS, Wangsa Melawati dengan menampilkan panel undangan iaitu Encik A. Wahab Hamzah bagi mengupas secara ilmiah daripada perspektif pembikinan dan pengarahan, falsafah, cabaran, aspirasi dan impak kepada penonton terhadap filem dokumentari bertajuk ‘Grizzly Man’ (2005) arahan Werner Herzog.
Meneroka pembikinan dokumentari berkonsepkan “Dramatik” yang bersifat ’emotional’ dan ‘keperihatinan’, ‘Grizzly Man’ telah mencipta impak visual yang lebih ‘observational’ kepada penonton melalui penonjolan aspek obses dan evidence (true experience) yang dirakam secara langsung di dalam usaha seorang pencinta haiwan (Timothy Treadwell) yang sanggup menggadai nyawa bagi meyakini komuniti untuk melindungi haiwan(beruang). Turut hadir di Program Bicara Filem ini adalah para karyawan filem, penggiat industri, pensyarah dan pelajar perfileman serta khalayak filem yang turut berkongsi secara dua hala akan sudut pandang dan perspektif mereka terhadap filem ini.