FINAS melalui Unit Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Infinite Motion Sdn. Bhd. hari ini mengadakan program pembangunan modal insan melalui perkongsian ceramah dengan tajuk “Seronoknya Bekerja : Rezeki Berkat, Produktiviti Meningkat, Pahala Pun Dapat”
Ceramah motivasi ini disampaikan sendiri oleh YBhg. Dato’ Abdul Rahman Sallehudin, Pengarah Urusan Infinite Motion Sdn Bhd. Turut hadir mengimarahkan majlis ialah Tuan Haji Khalid bin Maulod, Pengarah Pembangunan Industri Finas, para pegawai dan penjawat FINAS.