Shah Alam, 24 Ogos – Pusat Kajian dan Apresiasi Filem menerusi Program Wayang@Budiman sebagai platform jaringan ilmu dan pembangunan apresiasi sinema bersama komuniti filem terus aktif dengan penganjuran Slot Potret Merdeka bagi meneroka aspirasi, kekuatan, nilai dan impak filem-filem yang bertemakan kemerdekaan, nasionalisme dan perjuangan dari seluruh dunia.
Diterajui Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM, khalayak yang hadir seperti pensyarah dan pelajar perfileman serta komuniti filem telah berkongsi pandangan dan perspektif mereka melalui apresiasi filem Pakistan, Silent Waters (Khamosh Pani) 2003 arahan Sabiha Sumar. Memenangi lebih 10 buah anugerah di peringkat antarabangsa melalui penyertaan di Locarno International Film Festival, Nantes Three Continent Awards dan Karachi International Film Festival, filem ini menyusuri konflik, perjuangan dan cabaran seorang ibu tunggal dan anak lelakinya di sebuah perkampungan Punjabi yang melalui perubahan sosio-politik yang radikal ketika era lewat 1970-an dan berhadapan perjuangan yang berpaksikan agama di antara dua ideologi berbeza yang akhirnya memberi kesan kepada nilai kehidupan dan kemanusiaan.
The gallery was not found!