Kuala Lumpur, 3 Januari – Satu program ziarah kasih anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) telah diadakan sebagai tanda prihatin dan sokongan pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan FINAS terhadap golongan seni yang tidak berkeupayaan dan kurang bernasib baik.
Pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010, Mohd Murali Abdullah, 56, dilaporkan telah menerima rawatan hampir sebulan di Hospital Besar Kuala Lumpur, akibat serangan angin ahmar (strok) yang dialami beliau pada November tahun lalu.
Dihadiri YBrs. En. Shakib Ahmad Shakir, Pemangku Ketua Pengarah FINAS, beliau turut melahirkan rasa simpati dan memberi sumbangan kebajikan bagi membantu meringankan beban En. Murali. Turut hadir bersama Dato’ Freddie Fernandez, Presiden Karyawan, En.Mohamad Syimir Alfi Zahari, Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat, Puan Norazah Muhamad Azha, Ketua Unit Komunikasi Korporat Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), para pegawai FINAS dan HKL serta rakan-rakan media.