Pandan Perdana, 9 Mac 2015 – Jenazah Allahyarham Harun Salim Bachik, 56 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ar Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves kira-kira jam 11 pagi. Sebelum itu, jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Surau Al-Mutmainnah di Taman Pandan Perdana, Kuala Lumpur.Bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) itu meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Perak.
Harun atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri kenduri kahwin adik-beradik di Pulau Pinang. Arwah telah menghidap asma sejak dari kecil lagi dan sejak 2013 penyakitnya itu kerap menyerang. Pihak FINAS yang diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Khalidah Md Darus turut hadir menziarah dan menyampaikan sedikit sumbangan untuk ahli keluarga arwah.
Takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham. Al-Fatihah.
Teks | : | Nik Salwa Nik Mohamed Aman |
Foto | : | Shahriman Jimin |
Unit Komunikasi Korporat |