FINAS ingin merakamkan salam takziah kepada isteri, waris dan keluarga Allahyarham Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah meninggal dunia pada usia 84 tahun di Hospital KPJ, Kajang, pagi tadi.
Tokoh dunia kesusasteraan Melayu dengan barisan karya bertunjangkan kemanusiaan dan kehidupan orang Melayu seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Rentung, Srengenge, Seluang Menodak Baung, Tunggul-Tunggul Gerigis telah menerima Anugerah Sastera Negara (ASN), iaitu pengiktirafan sastera tertinggi dalam negara yang membawa gelaran SN pada tahun 1982. Novel Ranjau Sepanjang Jalan yang diterbitkan pada tahun 1966 turut cemerlang diterjemah ke Bahasa Inggeris dengan judul No Harvest But A Thorn (1972) oleh Adibah Amin selain diadaptasi ke layar perak pada 1983 dengan judul ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ arahan Allahyarham Datuk Jamil Sulong yang memenangi Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 4.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan ditempatkan Allahyarham di kalangan hambaNya yang beriman
Al-Fatihah