PROGRAM WAJIB TAYANG
Tentang
WAJIB TAYANG
Program Wajib Tayang adalah program yang ditubuhkan untuk memastikan filem-filem Malaysia ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan. Program ini bertujuan untuk memberikan platform yang lebih luas kepada filem tempatan dan memastikan pulangan pelaburan yang adil kepada pengeluar filem.
Garis Panduan Kelayakan Permohonan ITFC
Muat Turun PDFGaris Panduan Kelayakan Permohonan ITFC (Kemaskini: 04 Mac 2026)
Pendahuluan
Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) merupakan Insentif tambahan kepada pengeluar filem tempatan berdasarkan jumlah kutipan tiket tayangan filem dan syarat kelayakan di bawah Skim Wajib Tayang.
Syarat-Syarat Pemberian ITFC
Mempunyai lesen Pengeluaran Filem yang masih sah laku di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.
Filem yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang (SWT).
Mengemukakan laporan hasil kutipan kasar yang telah disahkan oleh pihak Pempamer dan Penerbit.
Jadual Pembayaran ITFC
| Jumlah Kutipan Kasar Tiket Melalui SWT | Insentif |
|---|---|
| Kutipan kasar RM2 juta dan ke bawah | 10% daripada kutipan kasar tiket |
| Kutipan kasar melebihi RM2 juta | 10% bagi kutipan RM2 juta pertama; dan 5% bagi kutipan kasar seterusnya. Maksimum insentif sebanyak RM 500,000.00 |
Potongan Insentif
Jumlah insentif akan ditolak sebanyak 6% seperti berikut:
2% bayaran perkhidmatan ITFC dan SWT.
2% sumbangan dana kebajikan.
2% sumbangan kepada Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).
Senarai Filem (Skim Wajib Tayang) 2025/2026
Senarai terkini filem tempatan dan antarabangsa di bawah Skim Wajib Tayang FINAS.
| Tarikh Tayangan | Judul Filem | Syarikat / Pengedar | Kategori |
|---|---|---|---|
| 1-Jan-2026 | PIRATE QUEEN (MANDARIN) | FUTURE STUDIOS SDN BHD & FIZZ DRAGON | Wajib Tayang |
| TIMUR (INDO) | — | Antarabangsa | |
| BACK TO THE PAST (CANT) | — | Antarabangsa | |
| WE BURY THE DEAD (ENG) | — | Antarabangsa | |
| 8-Jan-2026 | GREENLAND: MIGRATION | WB | Antarabangsa |
| UNEXPECTED FAMILY (MAND) | — | Antarabangsa | |
| JANA NAYAGAN (TAMIL) | — | Antarabangsa | |
| 15-Jan-2026 | 28 YEARS LATER: THE BONE TEMPLE | SONY PICS | Antarabangsa |
| KILLER WHALE (ENG) | — | Antarabangsa | |
| 22-Jan-2026 | PEMUJA (BM) | MIG PICTURES SDN BHD | Wajib Tayang |
Garis Panduan Skim Wajib Tayang 2025/2026
Muat Turun PDFGaris Panduan Skim Wajib Tayang 2025/2026 (Kemaskini: 21 Februari 2025)
Latarbelakang
Syarat Wajib Tayang mula berkuat kuasa pada tahun 1991 dan dipinda kepada Skim Wajib Tayang pada 23 Jun 2005 di bawah Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.
Jawatankuasa Skim Wajib Tayang yang bertanggungjawab menerima dan mempertimbangkan mana-mana filem tempatan atau filem usaha sama untuk ditayangkan secara wajib di dewan wayang gambar oleh pihak pawagam.
Permohonan & Tatacara Kelulusan Filem SWT
Permohonan hendaklah dibuat oleh Pengeluar dalam Borang A secara atas talian https://wajibtayang.finas.gov.my/ dalam tempoh minimum 60 hari dari tarikh tayangan filem tersebut.
Jika pengeluar mengemukakan permohonan kurang dari tempoh 60 hari, Jawatankuasa berhak menolak permohonan tarikh tayangan.
Pemohon hendaklah mengemukakan salinan Lesen PF dan DF FINAS, salinan Sijil Perakuan Penggambaran FINAS (SPP), salinan Sijil Perakuan A LPF, dan salinan DCP filem tempatan atau usaha sama yang siap sepenuhnya.
Permohonan filem baharu akan dihantar kepada Profima, Seniman dan PFM bagi memastikan tiada isu dan masalah produksi.
Sesi Pratonton Filem SWT
Sesi Pratonton Filem diadakan sebulan sekali diselaraskan oleh Urusetia Jawatankuasa.
Panel Penilaian terdiri daripada: Pengerusi JK SWT, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, wakil Kementerian Komunikasi, Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS, wakil PFM, dan 5 wakil pawagam di bawah MAFE (GSC, TGV, MMC, LFS dan MBO).
Penilaian secara peratusan (%) dari segi pengarahan, cerita, lakonan, sinematografi, skor muzik, kesan bunyi, kualiti teknikal dan nilai komersil sesuatu filem.
Keputusan
Pemohon akan dimaklumkan melalui Borang B (Keputusan Permohonan untuk Penetapan Suatu Filem). Pempamer akan dimaklumkan melalui Borang C.
Bilangan lokasi minimum bagi suatu filem Bahasa Melayu adalah ditetapkan sebanyak 40 buah lokasi pawagam.
Slot Tayangan Filem (hari Khamis) setiap minggu dan cuti sekolah terbuka kepada semua bahasa.
Pertukaran Tarikh & Rayuan
Pengeluar dibenarkan menukar 2 kali tarikh tayangan berserta alasan kukuh. Penukaran kali ke-3 akan dikenakan tempoh penalti selama 6 bulan.
Sekiranya mana-mana pihak terkilan dengan keputusan JK SWT, bolehlah menghantar notis rayuan tidak lebih daripada 7 hari dari tarikh terima Borang B.
Kewajipan Pengeluar
Salinan filem perlu diserahkan kepada pihak pawagam lebih awal atau selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh tayangan.
Tidak boleh menayangkan filem melalui mana-mana medium lain, hanya selepas tempoh 30 hari dari tarikh akhir tayangan di pawagam.
Bahan promosi, publisiti dan trailer perlu diserahkan kepada pihak pawagam selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh tayangan.
Kewajipan Pempamer
Menayangkan filem tidak kurang daripada 4 tayangan wajib pada hari biasa dan 5 pada hujung minggu/cuti am (4 skrin ke atas).
Menayangkan filem tidak kurang daripada 2 tayangan wajib pada hari biasa dan 3 pada hujung minggu/cuti am (4 skrin ke bawah).
Menayangkan filem yang diluluskan tidak kurang 14 hari berturut-turut.
Jika bilangan penonton kurang daripada 15% daripada jumlah tempat duduk selepas 3 hari berturut-turut, pempamer boleh menarik balik tayangan.
Pempamer hendaklah menyerahkan laporan kutipan harian melalui email wajibtayang@finas.my.
Statistik Program 2026
Senarai Tayangan Filem Cereka 2026
Disegarkan secara automatik setiap 12 jam.