PRISMA_MILESTONE (1)-1

PRISMA_MILESTONE (1)-2
Borang – Skim Pindaan Milestone Dana Kandungan Digital PRISMA Need Statement Skim Pindaan Milestone DKD_pdf
Borang Permohonan boleh dimuat turun melalui pautan berikut.
(Link Borang Permohonan Di Sini)

downloadicon

BORANG SKIM PINDAAN MILESTONE DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD)

SOALAN LAZIM (FAQ) SKIM PINDAAN MILESTONE DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD)

1. Apakah kategori DKD yang boleh memohon?

Semua kategori penerima DKD tahun 2019 dan 2020 boleh memohon dan layak dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Milestone.

2. Bagaimana untuk memohon?

Pemohon perlu mengisi borang dengan lengkap dan menghantar bahan work in progress kepada urusetia melalui emel milestonedkd@finas.my. Borang permohonan boleh didapati di www.finas.gov.my/prisma.

3. Bilakah permohonan boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat bermula 5 Februari 2021 sehingga pelaksanaan PKP 2.0 tamat.

4. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?

Pemohon hanya perlu mengisi borang yang lengkap dan menghantar bahan work in progress kepada urusetia.

5. Bagaimanakah cara saya untuk menyemak status permohonan?

Semakan boleh dilakukan dengan mengemukakan status permohonan melalui emel milestonedkd@finas.my.

6. Bagaimanakah saya akan mendapat keputusan?

Urusetia akan memaklumkan keputusan melalui emel kepada pemohon.

7. Berapa lamakah permohonan saya akan diproses?

Permohonan akan diproses selewat-lewatnya 14 hari bekerja dari tarikh penghantaran permohonan.