Petaling Jaya, 2 Disember – Di dalam aspirasi pembangunan modal insan dan pemerkasaan kualiti kandungan bertaraf global, Persatuan Dokumentari Malaysia (MyDocs) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menganjurkan ‘Masterclass on Selling Your Story to an International Market’ bermula 1 Disember 2018 sehingga hari ini di Hotel Qliq, Damansara.
Di bawah inisiatif ‘Pembangunan Kemahiran Karyawan Profesional’, program eksplorasi ilmu secara interaktif ini telah memberi perspektif global kepada penggiat dokumentari di Malaysia untuk memperkasakan penerbitan kandungan mereka dan meneroka strategi jaringan pasaran dokumentari di peringkat antarabangsa melalui bimbingan ‘mentorship’ dari pengarah dan penerbit yang berpengalaman luas di dalam pasaran dokumentari antarabangsa iaitu Jane Mote dari United Kingdom dan Gary Kam dari Korea.
Turut hadir pada majlis penutup dan penyampaian sijil bengkel ini adalah Cik Siti Nor Aiysha Masarudin, Penolong Pengarah Latihan Industri FINAS, Encik Harun Rahman, Presiden MyDocs, Encik Justin Ong, Timbalan Presiden MyDocs, Puan Lina Teoh, Pengarah Eksekutif MyDocs, tenaga pengajar dan peserta-peserta bengkel.