#LensaFINAS
Syarat-syarat baharu permohonan Perakuan Surat Penggambaran melalui SPPIK bermula pada 22 Julai 2024 merangkumi tiga perkara iaitu:
i. Perjanjian rasmi Standard Contract yang sah mengikut perundangan Malaysia di antara syarikat dengan pelaku yakni mana-mana orang yang memberi perkhidmatannya bagi tujuan dan maksud pelaksanaan penerbitan yang memohon SPP ini;
ii. Semua tenaga tenaga kerja/kru/pelakon yang terlibat dalam penggambaran disyorkan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)/ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
iii. Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda bagi syarikat yang ingin mendapatkan perkhidmatan tenaga produksi/kru/pelakon kanak-kanak/orang muda selaras dengan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 di bawah seliaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
#KementerianKomunikasi
#MalaysiaMadani
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
sppik perkeso