Dengan segala hormat dan penuh takzimnya Ketua Pengarah, pegawai dan kakitangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke- 7. Upacara mengangkat sumpah telah disempurnakan di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 10 Mei 2018.