FINAS Hulu Kelang, Taklimat Penyelarasan Terma Perjanjian dan Penetapan Kadar Bayaran Upah Warga Industri Kreatif telah berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee pada 03 September 2020 dengan dihadiri seramai 30 ahli yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pembangunan Industri Filem, Penyiar dan Persatuan bagi membincangkan kadar upah untuk pekerja di belakang tabir Industri perfileman tanahair.
Taklimat telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Norman Abdul Halim dan dibarisi para panel yang terdiri daripada YBhg Dato’ Prof. Dr. A. Razak Mohaideen, YBhg Dato’ Sri Eizlan Yusof, YBrs Encik Ku Mohamad Haris Ku Sulong dan YBrs Puan Lina Tan Suan Jeu.