FINAS Ulu Klang,3 Jun 2015 – Sesi Town Hall bersama YBhg. Dato’ Ketua Pengarah FINAS. Ini merupakan sesi Town Hall yang ke-4 dan dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Sosial FINAS (KSSF) serta Ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) FINAS. Pegawai FINAS diberikan penerangan mengenai transformasi dan penambahbaikan fungsi FINAS selari dengan transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Sesi ini dimulakan dengan tayangan Filem pendek “Kekasih” yang dicalonkan ke Sundance Film Festival, Utah sebagai pendedahan kepada perkembangan filem pada masa kini. YBhg. Dato’ Ketua Pengarah meneruskan sesi dengan memberi penerangan mengenai fungsi dan struktur organisasi yang telah dikemaskini. Usaha ke arah penambahbaikan peranan FINAS perlu dilakukan untuk menjadikan FINAS mampu dan mempunyai daya saing yang mapan. Majlis ini diakhiri dengan sesi ramah mesra sambil dijamukan dengan kudapan ringan.