Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
Wajib Tayang : Skim Wajib Tayang
Anda berada di : Utama > Wajib Tayang

Peraturan-peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Skim Wajib Tayang ) 2005 berkuatkuasa pada 23 Jun 2005. Skim ini diwujudkan bertujuan untuk menerima dan mempertimbangkan mana-mana filem tempatan atau filem usahasama untuk ditayangkan secara wajib didewan wayang gambar oleh pemamer

Pempamer hendaklah menayang filem yang diluluskan:

  1. Selama empat belas hari berturut-turut; dan di dewan wayang gambar yang terbesar
  2. Walaubagaimanapun penayangan sesuatu filem yang diluluskan boleh ditukar dari dewan gambar yang terbesar kepada suatu dewan gambar yang lebih kecil jika:
  3. bilangan penonton adalah kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas empat hari pertama tayangan berturut-turut; atau
  4. bilangan penonton adalah tidak kurang daripada lima belas peratus daripada jumlah bilangan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas tiga hari pertama tayangan yang berturut-turut.
  5. Jikalau bilangan penonton kurang daripada 15% pemamer bolehlah atas budi bicaranya menarik balik penayangan filem yang diluluskan
  6. Pempamer hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai apa-apa pertukaran dewan wayang gambar atau penarikan balik mana-mana filem yang diluluskan kepada Jawatankuasa dan peserta dalam masa dua hari dari pertukaran tersebut.

1. PERMOHONAN & TATACARA UNTUK KELULUSAN FILEM WAJIB TAYANG

Borang A : Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada FINAS 4 bulan sebelum tarikh yang dipohon (3 bulan bagi Pengeluar filem dan 1 bulan bagi pemamer).

  • Salinan Lesen Pengeluaran Filem FINAS
  • Salinan Sijil Penggambaran Filem (SPP)
  • Salinan Sijil Kelulusan Filem yang diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
  • Salinan filem bagi tujuan pratonton kepada Ahli Jawatankuasa Skim Wajib Tayang.
  • Anggaran kos penerbitan filem
  • Senarai pawagam yang dipilih
  • Sinopsis filem
  • Senarai nama pelakon, pengarah, jurukamera dan penyunting filem
  • Poster filem

Sila muat turun Borang A Permohonan Skim Wajib Tayang di pautan di bawah.







Sila muat turun Borang Anggaran Kos Penerbitan Filem di pautan di bawah.







2. KEPUTUSAN

Pengeluar / Pemamer akan dimaklumkan melalui Borang B (Keputusan Permohonan untuk Penetapan Suatu Filem).

3. RAYUAN

Pengeluar / Pemamer boleh membuat rayuan bagi apa-apa keputusan Jawatankuasa Skim Wajib Tayang dalam tempoh 7 hari dari tarikh diterima Borang B.

4. KELAYAKAN

Pengeluar filem atau pemamer.

Filem tempatan atau filem usahasama

* Filem Tempatan bermaksud filem yang diterbitkan di Malaysia atau mana-mana tempat lain oleh warganegara Malaysia atau suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang majoritinya sahamnya dipegang oleh warganegara Malaysia.

* Filem Usahasama ertinya apa-apa filem yang dikeluarkan di Malaysia secara usaha sama antara warganegara Malaysia atau syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang majority sahamnya dipegang oleh warganegara Malaysia dengan mana-mana warganegara asing atau mana-mana syarikat yang tidak diperbadankan di Malaysia

Dikemaskini Pada 08/06/12 10:23 AM